MACAM MANA HENDAK TANAM STEVIA
PEMBIAKAN STEVIA DENGAN BIJI BENIH DAN MENGUNAKAN KERATAN RANTING
• Susah dapat biji benih.
• Susah untuk bercambah.
• Biji benih menghasilkan ‘stevioside’ yang tidak seimbang.
PEMBIAKAN POKOK STEVIA DENGAN KERATAN DAHAN
• Keratan boleh diambil dari pokok yang sihat dan yang mempunyai kandungan ‘stevioside’ yang tinggi.
• Keratan boleh disemai mengunakan coco peat atau bahan semaian yang lain.
• Untuk pertubuhan yang baik siram juga dengan air yang mengandungi ‘chelated iron’.
• Apabila keratan menunjukan ciri ciri untuk hidup , keratan perlu dibajakan dengan baja untuk tanaman mengunakan keratan.
JARAK TANAMAN POKOK STEVIA
• 24 inci ( inches)(550mm)
JENIS TANAH UNTUK POKOK STEVIA
• Tanah yang subur dan mengandungi banyak bahan organik.
• Sekiranya tanah berpasir, anda perlu tambah baja kompos aatau bahan organik.
PENGAIRAN POKOK STEVIA
• Elakkan terlalu banyak air.
• Elak air bertakung.
PENGHADANG CAHAYA MATAHARI
• 50% cahaya matahari.
CARA LAIN UNTUK MENANAM STEVIA
• Dalam pasu.
• Hidroponik.
• Fertigasi.
PENGERINGAN DAUN STEVIA
• Jangan jemur daun stevia lebih dari 12 jam dibawah cahaya matahari, ianya akan mengurangkan kandungan stevioside.
CARA MENGUNAKAN DAUN STEVIA YANG KERING
• Guna pengisar kopi.
• Atau guna ‘blender’ kering.
• Masukan suku cawan daun yang telah di hancurkan untuk secawan penuh air.
CARA MENANAM STEVIA MENGGUNAKAN KERATAN RANTING
LANGKAH 1- BASAHKAN HABUK SABUT KELAPA
Habuk sabut kelapa (coco peat)/ Coco peat
Masukan habuk sabut kelapa kedalam baldi berisi air.
Habuk sabut kelapa yang sudah betul betul basah
LANGKAH NO. 2- MASUKAN HABUK KELAPA BASAH KEDALAM DULANG SEMAIAN.
Masukan habuk kelapa basah kedalam dulang tanaman.
LANGKAH NO.3- CELUP KERATAN KEDALAM HORMON PENGGALAK AKAR.
LANGKAH NO.4-SEMAI KERATAN KEDALAM DULANG SEMAIAN.
Keratan yang sudah disemai sedia untuk disiram dan di masukan kedalam tapak semaian.
POKOK STEVIA PENGGANTI GULA
DAUN GULA, GULA SEMULA JADI DAN ASLI
BENDA TERMANIS DIDUNIA
Terdapat 240 spesis dan antaranya seperti berikut:
BENDA TERMANIS DIDUNIA
Terdapat 240 spesis dan antaranya seperti berikut:
- Stevia eupatoria
- Stevia ovata
- Stevia plummerae
- Stevia rebaudiana
- Stevia salicifolia
- Stevia serrata
Famili: Asteraceaa (famili bunga matahari).
Nama Inggeris: sweetleaf, sugarleaf, atau stevia.
Negara asal: Paraguay
Nama Inggeris: sweetleaf, sugarleaf, atau stevia.
Negara asal: Paraguay
Sudahkah anda rasa manisan stevia , manisan yang tidak mempunyai kalori ini, kalori sangat dinakuti oleh semua orang moden di masa sekarang , lebih lebih lagi kaum wanita dan orang yang mempunyai masalah berat badan.
Pokok ini menjadi kontraversi dikalangan rakyat Negara yang memerentah dunia oleh kerana Negara itu telah menlabel stevia sebagai perasa makanan, perbuatan ini di cap oleh rakyatnya sebagai menyokong pengeluar gula. Negara negara kaya yang mempunyai pelaburan besar didalam indusri dan pemasaran gula yang sediada tidak akan menyokong manisan stevia, tentu anda tahu kenapa. Tambah tambah lagi pokok ini tidak berapa boleh hidup dinegara mereka. Negara yang tidak bergantung kepada pertanian dan hidup dengan perdagangan (seperti jiran kita) dan mereka ini adalah pedagang gula biasa yang besar,pun tidak akan menyokong manisan stevia.
Pokok ini menjadi kontraversi dikalangan rakyat Negara yang memerentah dunia oleh kerana Negara itu telah menlabel stevia sebagai perasa makanan, perbuatan ini di cap oleh rakyatnya sebagai menyokong pengeluar gula. Negara negara kaya yang mempunyai pelaburan besar didalam indusri dan pemasaran gula yang sediada tidak akan menyokong manisan stevia, tentu anda tahu kenapa. Tambah tambah lagi pokok ini tidak berapa boleh hidup dinegara mereka. Negara yang tidak bergantung kepada pertanian dan hidup dengan perdagangan (seperti jiran kita) dan mereka ini adalah pedagang gula biasa yang besar,pun tidak akan menyokong manisan stevia.
Stevia mempunyai potensi besar Di Malaysia
Pokok ini mempunyai potensi besar di Malaysia dimasa akan datang .Oleh kerana pokok stevia baru diperkenalkan ke negara ini, boleh dikatakan pada keseluruhan permintaan manisan maseh lagi mengunakan gula tebu. Lambat laung kita juga akan mengikut langkah Jepun yang mana keperluan dan pasaran manisannya sebanyak 40% mengunakan stevia. Di Jepun manisan stevia digunakan dengan secara meluas, malahan minuman Coca-cola pun menguna manisan stevia.
Manisan tanpa kalori. Pokok renek ini sudah terkenal diluar Negara sebagai pokok gula dan digunakan sebagai pengganti gula tetapi tanpa kalori. Rasa gula stevia tidak secepat gula tebu tetapi rasa manis nya tahan lebih lama dari gula biasa dan sekiranya terlebih akan terasa pahit sedikit.
Bahan kimia(chemical content):-Pakar kimia Perancis telah menemui bahawa bahan kimia glycosides (stevioside dan rebaudioside) membuat daun stevia menjadi manis. Bahan ini tahan panas, pH yang stabil dan tidak rosak.
Stevia terkenal dan mendapat perhatian kerana:-
- Ekstrak Stevia adalah 250-300 kali lebih kuat dari gula
- Daun stevia adalah 30 hingga 45 kali lebih manis dari gula biasa Bertambahnya permintaan kepada makanan dan minuman rendah karbohidrat/gula.
- Stevia untuk mengubati obesity dan darah tinggi.
- Manisan stevia tidak menaikan kadar gula dalam darah.
- Kajian perubatan telah mendapati stevia boleh digunakan untuk rawatan hypertension.
- Teh untuk rawatan jantung.
- Rawatan osterporosis.
Negara negara yang sudah mula mengunakan stevia
- Malaysia
- Colombia
- Peru
- Paraguay
- Uruguay
- Israel
- Negeri China
- Jepun
- Thailand,
- Taiwan
- Brazil
- Amerika Syarikat
- Peranchis
- Canada
- Australia
- New Zealand
Malaysia pun telah mengikut jejak negara lain dan ladang ladang stevia telah mula diusahakan . Di Johor Baru , minuman ringan mengunakan manisan stevia atas jenama Stevia sweet telah pun masuk pasaran.
Daun Stevia bolih dimakan terus atau dimasukan kedalam minuman teh atau makanan.
Saya menanam beberapa pokok dibelakang rumah saya dan daun stevia yang saya keringkan boleh dimasukan terus kedalam minuman.
Ada juga segolongan orang yang mempertikaikan dan kurang yakin dengan kemanisan stevia berbanding gula tebu. Saya syorkan kepada mereka supaya keringkan batang tebu, hancurkan dan masukan suku cawan kemudian masukan air panas, cuba rasa, manis atau tidak? Selepas itu cuba buat yang sama menggunakan daun stevia.
Ada juga segolongan orang yang mempertikaikan dan kurang yakin dengan kemanisan stevia berbanding gula tebu. Saya syorkan kepada mereka supaya keringkan batang tebu, hancurkan dan masukan suku cawan kemudian masukan air panas, cuba rasa, manis atau tidak? Selepas itu cuba buat yang sama menggunakan daun stevia.
Banyak juga blog blog yang memburukkan stevia, jangan lupa kaum asli Amerika Selatan telah mengunakan stevia sejak beribu tahun dan Jepun telah menguna stevia selama 25 tahun. Pengusaha gula semuanya kaya raya, berapa sangat kos hendak bayar kepada penulis blog. yang mengherankan saya tidak pernah disebut pasal 'side effect' gula tebu seperti sakit jantung, darah tinggi ,kencing manis, gemuk dan sebagainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan